Saturday, May 15, 2010

Untuk renungan anak2..

Allah memberikan dua kunci kebahagiaan dalam hidup. Pertama syukur iaitu penawar terhadap ujian kesenangan dan yang kedua sabar iaitu penawar atas ujian kepayahan. Kedua-dua kunci ini memberi kesempurnaan bagi agama seseorang dan akhirnya akan membawa orang-orang yang memilikinya kepada kehidupan yang tenteram dan menyenangkan. Seseorang yang yang tidak memiliki keduanya, hidupnya akan sengsara, penuh keluh kesah. Kesenangan bukanlah kebahagiaan yang sejati dan kesusahan bukanlah kesengsaraan yang kekal abadi. Tetapi kebahagiaan dan kesengsaraan yang sebenarnya terletak pada sikap seseorang terhadap kesenangan dan kesengsaraan.

Menurut para ulama ada tiga perkara perlu dilakukan dalam bersyukur:
1. bersyukur dengan hati - menyedari dan merasakan adanya nikmat
2. bersyukur dengan percakapan
3. bersyukur dengan perbuatan - memanfatkan pemberian

Oleh itu, berdoalah dan mintalah pada Nya agar dianugerahi sifat sabar dan syukur kerana semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa adanya kemudahan dariNya.
Dugaan yang Allah berikan kepada kita harus diterima dengan sabar, reda dan syukur. Orang yang beriman bukan hanya sabar dan reda terhadap ketetapanNya tetapi juga bersyukur kerana menyedari adanya ganjaran dan kebaikan yang diberikan Allah melalui dugaan tersebut.Beliau akan melangkah ke depan dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi. Apa yang sudah berlalu tidak boleh kembali walaupun air matanya mengalir laju jatuh ke bumi dan dadanya sempit kerana menderita. Kesemuanya tidak akan mengembalikan apa yang telah telah berlaku. Allah akan menggantikan semua kepayahan dan kesengsaraan itu dengan kebaikan dariNya, insya Allah.

Anak-anak ku,
Dalam menjalani arus kehidupan, anak-anak akan berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan . Hadapilah semua itu dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Insya Allah, anak-anak akan beroleh kebahagiaan dan ketenangan yang dicari.

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN. SEMOGA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

1 comment: