Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar , secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.
Keadaan ini disebabkan berlakunya aliran bioelektrik di kawasan saraf otak terlibat. Apabila kalimat-kalimat ini disebut berulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif sekali gus menambah tenaga bioelektrik. Lama kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.
Pada masa yang sama, semasa berzikir otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini.
Justeru, otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru, mampu melihat dari sudut perspektif berbeza, semakin kreatif dan kritis. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Oleh itu, perbanyakkan zikir dalm kehidupan harian kita seperti firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 152 -"Maka ingatlah kepada Aku, supaya Aku ingat pula kepadamu"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment