Salam. TQ for all the bday wishes. just got back from bangkok on friday. now down with flu. hopefully will recover by monday.
Monday ni u all semua akan masuk semester 3. subjects are getting tougher, kena set mind awal2 lagi untuk perbaiki mana2 kesilapan dn kelemahan sewaktu semester lepas. For those who are staying outside, please take good care of yourselves. Banyak perkara di luar sana yang sedikit sebanyak akan influence either your behaviour, your values etc kalau u all tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat. If you have any problems whatsoever, please let me know.
hope to see all of you on monday.
Sunday, June 27, 2010
Sunday, June 13, 2010
PUAN!!!!!
HAPPY BIRTHDAY
hepi besday puan yang ke ttuttt (sebenarnya x taow) sori puan
semoga puan panjang umur dan dimurahkan rezeki..
sy wakil dari j2.3 mendoakan selalu mendoakan puan sentiasa sihat..
semoga perjalanan puan ke bangkok selamat pergi dan balik..(^^)
P/s jgn lupa buah tangan...
Saturday, June 5, 2010
Happy Holiday!!
Assalamualaikum wbt....
Selamat bercuti kepada semua pelajar J2.3 dan para pensyarah. Kepada mentor tersayang, Puan Fuziah, selamat bercuti dan berangkat ke Bangkok, Thailand. Kami doakan puan selamat pergi dan balik dan selamat selama berada di sana. Kepada rakan-rakan, jaga diri di kampung.
Thank You!!!!
Tuesday, June 1, 2010
Selamatkanlah Mereka!!
Assalamulaikum wbt....
Seperti yang kita ketahui bahawa Konvoi Freedom Flotilla yang menaiki kapal Navi Marmara ke Gaza telah diserang oleh tentera Israel untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis tersebut. Seramai 9 orang sukarelawan dari Malaysia turut berada di atas kapal tersebut dan masih lagi ditahan di Tel Aviv oleh tentera Israel.
Kita sebagai rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, sama-samalah kita mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar konvoi ini berada dalam keadaan selamat selama mereka berada di sana. Semoga mereka dapat pulang dengan selamat dan sekali gus berjaya melunaskan misi konvoi ini.
Semoga Allah SWT membalas dengan apa yang telah dilakukan oleh pengganas Israel ini. Allahuakhbar!!!!
Friday, May 28, 2010
SELAMAT BERCUTI
Salam anak2.
Cuti 3 hari ni sy tau ramai anak2 yg balik kg. Jaga diri dan keselamatan semasa dlm perjalanan, di kg dan semasa perjalanan pulang ke ipik. Kepada yang dh plan nak balik terus, sy sedikit kecewa dgn sikap begini. KJ sendiri dh pesan semasa perjumpaan jabatan. Lg pn pihak kami akan menyediakan sedikit jamuan kepada u all semua sebagai tanda terima kasih atas segala pertolongan yang diberi kepada jabatan selama ini. Cubalah belajar menghargai sumbangan org kepada kita.Dunia ni bulat. Kalau kita buat begini kepada org, tak mustahil suatu hari nnti
org pula akan buat yang sama pada kita. Sebagai guru/ pensyarah, kami tak mengharapkan apa-apa balasan dari pelajar, cukup setakat mengingati dan menghargai kami sahaja.
Jumpa lagi..

Wednesday, May 26, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Sunday, May 23, 2010
Ucapkanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar , secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.
Keadaan ini disebabkan berlakunya aliran bioelektrik di kawasan saraf otak terlibat. Apabila kalimat-kalimat ini disebut berulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif sekali gus menambah tenaga bioelektrik. Lama kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.
Pada masa yang sama, semasa berzikir otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini.
Justeru, otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru, mampu melihat dari sudut perspektif berbeza, semakin kreatif dan kritis. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Oleh itu, perbanyakkan zikir dalm kehidupan harian kita seperti firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 152 -"Maka ingatlah kepada Aku, supaya Aku ingat pula kepadamu"

Saturday, May 22, 2010
Terima Kasih
Assalamualaikum wbt....
Entry kali ini bertujuan nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli J2.3 yang menyertai jamuan kelas bersama mentor. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Fuziah kerana sponsor cake yang sedap gilerr!!
Yang penting,kita semua dapat luangkan masa bersama,mengeratkn lagi hubungan antara kita n enjoy bersama-sama.
Thank You!!!
p/s: sori ayat tunggang langgang!!!
RENUNGKAN SEJENAK..
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia tidak memakbulkannya, maka Dia ingin mengujimu.
Bila dia tidak memakbulkannya, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, bila kita diuji, pandanglah kepada yang kurang daripada kita. Insya Allah, akan timbul rasa reda dan syukur dalam diri kita atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Sentiasalah berpandangan positif kerana di sebalik setiap ujian itu, terkandung seribu hikmah yang kita tidak ketahui.

THIS IS WHAT I FEEL....
There are times when we are all by ourselves facing the battles alone. The road to the end of the tunnel seems dark and dingy. No empathy of others can buy out that loneliness. Just like a wounded animal, you need to retreat, find your strength within your solitude and refocus your energy. Don't let others control your destiny and tell you what to do.
Thursday, May 20, 2010
Mulakan pagi anda dengan:
1. bersyukur dengan nikmat Allah
2. menanam semangat untuk terus belajar/ bekerja
3. mendengar sesuatu yang memberi motivasi
4. Mulakan perbuatan dengan kalimah "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang"
5. Letakkan target untuk kemajuan diri
6. Sebelum melakukan kerja pandang warna yang ceria untuk meningkatkan mood
7. Sebelum memulakan hari ucapkanlah kata maaf atas kesilapan orang pada hari semalam
8. Minum air segelas.
9. Baca doa sebelum keluar rumah.
10. Ambil sarapan pagi kerana ia penting untuk melakukan aktiviti harian
JADIKAN SEMUA INI SEBAGAI AMALAN.

Wednesday, May 19, 2010
berwajah baru
wahai ahli j2.3 sekalian dan juga PN. Fuziah...
hari rasa mcm rajin je nak nak tukar wajah blog kita ni...
ok x layout baru ni...
tapi pada sesiap nak post entrt baru sila gune tulisan warna putih sebab takut x nampak.....
adis amogos..
byeeee...
p.s//ks x bace lagi ni
Monday, May 17, 2010
Anak-anak yang dikasihi,
Terima kasih semua atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti jabatan - jualan semasa hari konvokesyen dan tayangan video, persiapan dan pertandingan karnival inovasi dan jualan cenderamata/hadiah sempena hari guru dan peperiksaan.
Semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara pensyarah dan pelajar JKS dan juga sesama pelajar. Kita semua bagaikan sebuah keluarga yang besar, kena saling tolong menolong, tegur menegur dan sentiasa bersama walau dalam apa keadaan sekalipun.
Teruskan usaha murni kalian, semoga mendapat keberkatan Ilahi .
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT.

Sunday, May 16, 2010
Saturday, May 15, 2010
Untuk renungan anak2..
Allah memberikan dua kunci kebahagiaan dalam hidup. Pertama syukur iaitu penawar terhadap ujian kesenangan dan yang kedua sabar iaitu penawar atas ujian kepayahan. Kedua-dua kunci ini memberi kesempurnaan bagi agama seseorang dan akhirnya akan membawa orang-orang yang memilikinya kepada kehidupan yang tenteram dan menyenangkan. Seseorang yang yang tidak memiliki keduanya, hidupnya akan sengsara, penuh keluh kesah. Kesenangan bukanlah kebahagiaan yang sejati dan kesusahan bukanlah kesengsaraan yang kekal abadi. Tetapi kebahagiaan dan kesengsaraan yang sebenarnya terletak pada sikap seseorang terhadap kesenangan dan kesengsaraan.
Menurut para ulama ada tiga perkara perlu dilakukan dalam bersyukur:
1. bersyukur dengan hati - menyedari dan merasakan adanya nikmat
2. bersyukur dengan percakapan
3. bersyukur dengan perbuatan - memanfatkan pemberian
Oleh itu, berdoalah dan mintalah pada Nya agar dianugerahi sifat sabar dan syukur kerana semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa adanya kemudahan dariNya.
Dugaan yang Allah berikan kepada kita harus diterima dengan sabar, reda dan syukur. Orang yang beriman bukan hanya sabar dan reda terhadap ketetapanNya tetapi juga bersyukur kerana menyedari adanya ganjaran dan kebaikan yang diberikan Allah melalui dugaan tersebut.Beliau akan melangkah ke depan dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi. Apa yang sudah berlalu tidak boleh kembali walaupun air matanya mengalir laju jatuh ke bumi dan dadanya sempit kerana menderita. Kesemuanya tidak akan mengembalikan apa yang telah telah berlaku. Allah akan menggantikan semua kepayahan dan kesengsaraan itu dengan kebaikan dariNya, insya Allah.
Anak-anak ku,
Dalam menjalani arus kehidupan, anak-anak akan berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan . Hadapilah semua itu dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Insya Allah, anak-anak akan beroleh kebahagiaan dan ketenangan yang dicari.
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN. SEMOGA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

Friday, May 14, 2010
Progression
Assalamulaikum wbt...
Kepada semua ahli J2.3 yang mempunyai kelapangan masa dan kretiviti. Bolehlah menambah baikan laman blog ini. Kerjasama daripada anda semua amat dihargai.
Selamat Berjuang Untuk exam.....
Tq!!
HAPPY BELATED BIRTHDAY...
1. NUR AZRIN 13 JAN
2. NUR AIN 19 JAN
3. BIBAH 24 JAN
4. RAIHANA 26 FEB
5. AZIEMAH 26 FEB
6. ADILA 3 MAC
7. HIDAYAH 29 MAC
8. TAN KOK CHUN 1 MEI
9. AZRAI 9 MEI
2. NUR AIN 19 JAN
3. BIBAH 24 JAN
4. RAIHANA 26 FEB
5. AZIEMAH 26 FEB
6. ADILA 3 MAC
7. HIDAYAH 29 MAC
8. TAN KOK CHUN 1 MEI
9. AZRAI 9 MEI
JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2010 PPISMP SEM 2
TARIKH MASA SUBJEK TEMPAT
18 Mei 10 8.30-9.45 English PI2311P T103
19 Mei 10 8.30-9.45 BM 1 PM2311P T103
24 Mei 10 2.30-3.45 KS 1 SS2311P T103
27 Mei 10 8.30-9.45 KS 2 SS2312P T103
GOOD LUCK TO ALL OF YOU!

Monday, May 10, 2010
Welcome!!!
Assalamulaikum wbt.....
This is the official blog for J2.3. This is ours. Everyone can post any entries those related to our community....
Later, i will distribute the password, email and the url for this blog.
Thank You!!
Subscribe to:
Comments (Atom)