Seperti yang kita ketahui bahawa Konvoi Freedom Flotilla yang menaiki kapal Navi Marmara ke Gaza telah diserang oleh tentera Israel untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis tersebut. Seramai 9 orang sukarelawan dari Malaysia turut berada di atas kapal tersebut dan masih lagi ditahan di Tel Aviv oleh tentera Israel.
Kita sebagai rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, sama-samalah kita mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar konvoi ini berada dalam keadaan selamat selama mereka berada di sana. Semoga mereka dapat pulang dengan selamat dan sekali gus berjaya melunaskan misi konvoi ini.
Semoga Allah SWT membalas dengan apa yang telah dilakukan oleh pengganas Israel ini. Allahuakhbar!!!!

No comments:
Post a Comment