Sunday, June 27, 2010

WELCOME BACK

Salam. TQ for all the bday wishes. just got back from bangkok on friday. now down with flu. hopefully will recover by monday.

Monday ni u all semua akan masuk semester 3. subjects are getting tougher, kena set mind awal2 lagi untuk perbaiki mana2 kesilapan dn kelemahan sewaktu semester lepas. For those who are staying outside, please take good care of yourselves. Banyak perkara di luar sana yang sedikit sebanyak akan influence either your behaviour, your values etc kalau u all tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat. If you have any problems whatsoever, please let me know.

hope to see all of you on monday.

Sunday, June 13, 2010

PUAN!!!!!

HAPPY BIRTHDAY

hepi besday puan yang ke ttuttt (sebenarnya x taow) sori puan
semoga puan panjang umur dan dimurahkan rezeki..
sy wakil dari j2.3 mendoakan selalu mendoakan puan sentiasa sihat..

semoga perjalanan puan ke bangkok selamat pergi dan balik..(^^)

P/s jgn lupa buah tangan...

Saturday, June 5, 2010

Happy Holiday!!

Assalamualaikum wbt....

Selamat bercuti kepada semua pelajar J2.3 dan para pensyarah. Kepada mentor tersayang, Puan Fuziah, selamat bercuti dan berangkat ke Bangkok, Thailand. Kami doakan puan selamat pergi dan balik dan selamat selama berada di sana. Kepada rakan-rakan, jaga diri di kampung.


Thank You!!!!

Tuesday, June 1, 2010

Selamatkanlah Mereka!!

Assalamulaikum wbt....

Seperti yang kita ketahui bahawa Konvoi Freedom Flotilla yang menaiki kapal Navi Marmara ke Gaza telah diserang oleh tentera Israel untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis tersebut. Seramai 9 orang sukarelawan dari Malaysia turut berada di atas kapal tersebut dan masih lagi ditahan di Tel Aviv oleh tentera Israel.

Kita sebagai rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, sama-samalah kita mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar konvoi ini berada dalam keadaan selamat selama mereka berada di sana. Semoga mereka dapat pulang dengan selamat dan sekali gus berjaya melunaskan misi konvoi ini.

Semoga Allah SWT membalas dengan apa yang telah dilakukan oleh pengganas Israel ini. Allahuakhbar!!!!